Petua Membeli Kereta Terpakai

1. Luaran : Cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan). Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung (kereta potong) yang semakin popular sekarang. Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.

3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Anda akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya. Anda boleh periksa keadaan enjin dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tetapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhaul enjin tanpa tukar barang dalam enjin).

4. Turunkan kereta buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena gramme atau piston ring sudah longgar. Pasangkan kembali dan cuba hidupkan kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tidak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam sudah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

5. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng.

Minyak Diesel Techron terbaik daripada Caltex

 

Chevron Malaysia Limited (Chevron) yang bertanggungjawab memasarkan bahan api jenama Caltex baru-baru ini memperkenalkan Caltex Diesel with Techron®D yang mengandungi unsur aditif Techron®D.

Caltex Diesel with Techron®D terbukti mengawal masalah deposit, membantu memastikan kebersihan penyuntik bahan api dan mengoptimumkan prestasi enjin. Pelancaran minyak Caltex Diesel with Techron®D itu merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran minyak Chevron dalam usaha menawarkan produk berkualiti kepada orang ramai.

Diesel yang menepati spesifikasi Euro 2 M itu boleh didapati di semua 420 buah stesen servis Caltex di seluruh negara mulai 1 September 2012 lalu. Ia sekali gus menggantikan minyak diesel yang tidak mengandungi unsur aditif sebelum ini.

Stesen-stesen servis Caltex akan menjual Caltex Diesel with Techron®D pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan, biarpun ia dilengkapi dengan pelbagai faedah tambahan.

"Kami percaya Caltex Diesel with Techron®D akan membuatkan enjin menjadi lebih bersih dan mampu memberi prestasi terbaik," jelas Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jeremy Oh.

Dalam sesebuah enjin diesel, memastikan semua penyuntik bahan apinya dalam keadaan bersih amat kritikal. Ini berikutan penyuntik bahan api diesel sering terdedah kepada masalah tersumbat akibat deposit. Deposit itu akan mengubah corak semburan penyuntik dan melambatkan proses pencampuran bahan api-udara.

Keadaan itu akan mengurangkan tahap penjimatan bahan api, meningkatkan pengeluaran asap dan menjejaskan prestasi enjin. Dalam enjin-enjin diesel termaju, penyuntik bahan apinya mungkin sehalus dua helai rambut manusia.

Jadi, potensi untuk berlakunya impak negatif ke atas penyuntik bahan api tersebut menjadi lebih sofistikated.

Selain itu, faedah yang didapati daripada penggunaan Caltex Diesel with Techron®D disokong oleh ujian dan penyelidikan ekstensif.

Pada sebuah enjin standard yang menjalani prosedur ujian dalam makmal, diesel yang dilengkapi dengan Techron®D terbukti memastikan penyuntik bahan api 47 peratus lebih lancar.

Ia juga mengekalkan kebersihan penyuntik dan memberikan enam peratus lebih kuasa. Diesel itu melindungi permukaan besi daripada hakisan, selain 83 peratus kurang buih yang membolehkan minyak diisi ke dalam tangki dengan lebih pantas.

Dalam tempoh pembangunannya, pihak Chevron telah menguji prestasi aditif Techron®D pada enjin diesel yang baru dan lama. Ia turut meliputi rangkaian spesifikasi diesel termasuk biodiesel dan ternyata sesuai untuk kegunaan semua.

- KOSMO!

Cara Menjimatkan Minyak Petrol

Cara Menjimatkan Minyak Petrol

  1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
  2. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Cara ini amat sesuai pada waktu pagi dan malam
  3. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van dengan jarak yang selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat di kurangkan.
  4. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan api untuk bergerak
  5. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
  6. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh kesesakan trafik.
  7. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan kerugian bahan api. Enjin kenderaan berfungsi dengan baik pada RPM 1500 ke 2500. Pandu kereta dengan kelajuan yang konsisten.
  8. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
  9. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.
  10. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  11. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Enjin yang lama biasanya kurang efisien. Cuba lakukan pemeriksaan “Compression test” di bengkel yang mempunyai peralatan tersebut.
  12. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
  13. Periksa penapis udara (tukar 40 000 km sekali).
  14. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
  15. Gunakan tayar kereta yang mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  16. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
  17. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong kerana minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.
http://mjautoworld.mindster.net/tip-kereta/tip-penjimatan-petrol/