Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
· Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
· Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.
Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.
· Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
· Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
· Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
· Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
· Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
· Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
· Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
Popular
-
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perem...
-
Oleh cyberchanglun Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan...
-
SERVIS KERETA Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta.. basic servis kereta adalah i) penuk...
-
Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto. Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan ...
-
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta ...
-
Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan ti...
-
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika te...
-
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiap...
-
Cara Menjimatkan Minyak Petrol Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa...
-
Oleh Armin Baniaz Pahamin SKIM PELUPUSAN KERETA – panduan pelupusan kereta bagi anda mendapatkan sebuah kereta Proton Baru DASAR PELUPUSAN -...
Categories
- Aircond (1)
- Alat Ganti (1)
- Bateri (4)
- Brek (2)
- Dasar (1)
- Enjin (7)
- Gear Box (2)
- Jimat Minyak (1)
- Kereta (4)
- Kereta Terpakai (3)
- Keselamatan (3)
- Memandu (1)
- Minyak (7)
- Oil (2)
- Parking (1)
- Pemanduan (1)
- Penjagaan Kereta (3)
- Petrol (2)
- Petronas (1)
- Radiator (2)
- RON (2)
- Start (1)
- Stereng (1)
- Tayar (5)
- Tips (1)
Blog Archive
-
▼
2011
(25)
-
▼
April
(25)
- Cara Terbaik Jimatkan Petrol
- Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah
- Tips menjaga keselamatan tayar
- Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama
- Cara mengekalkan kilauan kereta
- Kurang air dalam radiator punca enjin panas
- Tips penjagaan gear box
- Tips penjagaan radiator
- Penggantian Penapis Minyak Injin Setiap 10,000 KM
- Berhati-hati Membeli Kereta Terpakai
- Cara Menjaga Bateri Kereta
- Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui
- Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
- Punca penggunaan minyak petrol bertambah
- Sistem Brek
- Tips Kereta Tenggelam Banjir
- Kurang Air Antara Faktor Enjin Terlalu Panas
- Cara Mengatasi Masalah Enjin Tidak Berfungsi
- Enjin Kereta Dimasuki Air
- Tatacara Memandu Ketika Hujan
- 6 cara jaga tayar
- Tips Membeli Spare Part
- Panduan memandu ketika kecemasan
- Tips Jaga Kereta
- Makna Nombor Pada Tayar
-
▼
April
(25)
0 Comment:
Catat Ulasan