Oleh Edirossa
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.
Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.
Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Popular
-
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perem...
-
Oleh cyberchanglun Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan...
-
SERVIS KERETA Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta.. basic servis kereta adalah i) penuk...
-
Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto. Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan ...
-
Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan ti...
-
Oleh Armin Baniaz Pahamin SKIM PELUPUSAN KERETA – panduan pelupusan kereta bagi anda mendapatkan sebuah kereta Proton Baru DASAR PELUPUSAN -...
-
Sekiranya kita meletak kenderaan di tempat letak kereta awam atau berbayar yang kedudukan lot letak kenderaan 90 darjah dengan laluan kender...
-
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta ...
-
Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat...
-
Cara Menjimatkan Minyak Petrol Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa...
Categories
- Aircond (1)
- Alat Ganti (1)
- Bateri (4)
- Brek (2)
- Dasar (1)
- Enjin (7)
- Gear Box (2)
- Jimat Minyak (1)
- Kereta (4)
- Kereta Terpakai (3)
- Keselamatan (3)
- Memandu (1)
- Minyak (7)
- Oil (2)
- Parking (1)
- Pemanduan (1)
- Penjagaan Kereta (3)
- Petrol (2)
- Petronas (1)
- Radiator (2)
- RON (2)
- Start (1)
- Stereng (1)
- Tayar (5)
- Tips (1)
Blog Archive
-
▼
2010
(23)
-
▼
April
(9)
- 8 Petua Keselamatan Jalan Raya
- Keselamatan Dalam Kereta
- Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Je...
- Penjagaan radiator
- Cara Menjaga Bateri Kereta
- Cara hendak buat "Jumper Start" apabila kereta tak...
- Bateri perlu dijaga dan diperiksa setiap minggu
- Memeriksa punca stereng kereta berat
- Tips Jimat Minyak
-
▼
April
(9)
0 Comment:
Catat Ulasan