Cara mengekalkan kilauan kereta

Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.
Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya. Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah. Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.
Cara mengekalkan kilauan kereta 4.5 5 Mohd Adha Mohd Zain Khamis, 7 April 2011 Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan ti...


On : Khamis, 7 April 2011,

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am Mohd Adha Mohd Zain, a part-time blogger and template designer from Indonesia who is the founder And Author of KERETA. I love create Blogger Themes, write about blog design, And Blogspot tweaks. You can subscribe me on G+ @ Mohd Adha Mohd Zain .

5 ulasan...add one:

  1. Assalam.
    Sy nak tanye bagaimana nak hilangkan kesan cat minyak yang terkena pada kereta????
    Bagaimana nak hilangkan serpihan cat minyak tersebut?
    Tolong saya bro.. Thanks
    im waiting for your respond. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak boleh tengok kat blog saya..saya ada tawarkan penghilang cat minyak...

      Padam
  2. Untuk hilangkn cat pada body kereta cara yg mudah ialah gunakn mnyak petrol.

    BalasPadam
  3. cmne nk hilangkan kesan tompok2 air hujan,dh basuh ade gak...

    BalasPadam
  4. Nak tanya....bagaimana pula dengan cat spray untuk grill?.....itu spray cat secara tidak sengaja ditiup angin terkena pada badan dan cermin kereta?......itu cat sudah kering....dihantar folish tetapi tetap tidak hilang.....

    BalasPadam

Lurania berkata...

Assalam.
Sy nak tanye bagaimana nak hilangkan kesan cat minyak yang terkena pada kereta????
Bagaimana nak hilangkan serpihan cat minyak tersebut?
Tolong saya bro.. Thanks
im waiting for your respond. :-)

matley CarShoppe berkata...

awak boleh tengok kat blog saya..saya ada tawarkan penghilang cat minyak...

ABU DATO SRI AMAR berkata...

Untuk hilangkn cat pada body kereta cara yg mudah ialah gunakn mnyak petrol.

Mohd Firdaus berkata...

cmne nk hilangkan kesan tompok2 air hujan,dh basuh ade gak...

edana david berkata...

Nak tanya....bagaimana pula dengan cat spray untuk grill?.....itu spray cat secara tidak sengaja ditiup angin terkena pada badan dan cermin kereta?......itu cat sudah kering....dihantar folish tetapi tetap tidak hilang.....