Keselamatan Dalam Kereta

1. Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

2. Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.

3. Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

4. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

6. Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.

7. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.

8. Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

http://www.panducermat.org.my/pemandu-kereta-keselamatan-dalam-kereta.html
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url