Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan ’shimmy’. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang.
Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
‘Shimmy’ boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan ’shimmy’; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.
Popular
-
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perem...
-
SERVIS KERETA Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta.. basic servis kereta adalah i) penuk...
-
Oleh Armin Baniaz Pahamin SKIM PELUPUSAN KERETA – panduan pelupusan kereta bagi anda mendapatkan sebuah kereta Proton Baru DASAR PELUPUSAN -...
-
Sekiranya kita meletak kenderaan di tempat letak kereta awam atau berbayar yang kedudukan lot letak kenderaan 90 darjah dengan laluan kender...
-
Oleh cyberchanglun Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan...
-
Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto. Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan ...
-
Cara Menjimatkan Minyak Petrol Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa...
-
1. Luaran : Cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ad...
-
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Sebelum memulakan perjalanan, hidu...
-
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiap...
Categories
- Aircond (1)
- Alat Ganti (1)
- Bateri (4)
- Brek (2)
- Dasar (1)
- Enjin (7)
- Gear Box (2)
- Jimat Minyak (1)
- Kereta (4)
- Kereta Terpakai (3)
- Keselamatan (3)
- Memandu (1)
- Minyak (7)
- Oil (2)
- Parking (1)
- Pemanduan (1)
- Penjagaan Kereta (3)
- Petrol (2)
- Petronas (1)
- Radiator (2)
- RON (2)
- Start (1)
- Stereng (1)
- Tayar (5)
- Tips (1)
Blog Archive
-
▼
2011
(25)
-
▼
April
(25)
- Cara Terbaik Jimatkan Petrol
- Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah
- Tips menjaga keselamatan tayar
- Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama
- Cara mengekalkan kilauan kereta
- Kurang air dalam radiator punca enjin panas
- Tips penjagaan gear box
- Tips penjagaan radiator
- Penggantian Penapis Minyak Injin Setiap 10,000 KM
- Berhati-hati Membeli Kereta Terpakai
- Cara Menjaga Bateri Kereta
- Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui
- Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
- Punca penggunaan minyak petrol bertambah
- Sistem Brek
- Tips Kereta Tenggelam Banjir
- Kurang Air Antara Faktor Enjin Terlalu Panas
- Cara Mengatasi Masalah Enjin Tidak Berfungsi
- Enjin Kereta Dimasuki Air
- Tatacara Memandu Ketika Hujan
- 6 cara jaga tayar
- Tips Membeli Spare Part
- Panduan memandu ketika kecemasan
- Tips Jaga Kereta
- Makna Nombor Pada Tayar
-
▼
April
(25)
0 Comment:
Catat Ulasan