Tips penjagaan radiator

Berjumpa lagi dengan satu lagi tips yang dapat menjimatkan kos penyelengaraan kereta iaitu penjagaan radiator. Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang
bergerak untuk menyejukkan injin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara. Cara penyelenggaraan radiator:

Setiap 3 bulan:
1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung
kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai
potong) kurang dari RM200. Berjumpa lagi dilain tips untuk kereta. Semua yang diterangkan di
atas adalah berdasarkan pengalaman saya dan yang telah diceritakan kepada saya.
Next Post Previous Post
1 Comments
  • SIFU PLATE
    SIFU PLATE 8 April 2012 pada 2:51:00 PTG SGT

    saya ada jual anti-karat untuk radiator..
    sebotol 500ml harga rm15... kalau nak hubungi saya 019-2074697 WAN... terima kasih...follow sekali hijau2u.blogspot.com

Add Comment
comment url